Sunday, January 30, 2011

Penaung ALUMNI SDHAB

dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa YABhg Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi telah bersetuju untuk menjadi Penaung kepada ALUMNI SDHAB..satu kunjungan hormat akan dilakukan oleh jawatankuasa ALUMNI SDHAB terhadap beliau sebagai tanda terima kasih...


Kejohanan Bowling Jemputan MBSB 2010

26/12/2010 - ALUMNI SDHAB telah menghantar 2 team untuk Boling Jemputan MBSB iaitu wakil lelaki& perempuan...wakil lelaki yang terdiri daripada saudara Rosman, Azahar, Amran & Omar telah  memenangi tempat ke enam dalam kejohanan tersebut...tahniah




Al- Fatihah buat Allahyarham Abdul Nasir bin Said

15/12/2010 - ALUMNI SDHAB ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Abdul Nassir..semoga Allah S.W.T. mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yg beriman...sempat berjumpa pada jamuan hari raya ALUMNI SDHAB...seorang kwn yg baik & akan cuba berjumpa kwn2 kalau pulang bercuti...
jenazah Abdul Nassir Said selamat tiba di rumah bondanya jam 11.20 mlm untuk tatapan terakhir keluarga & rakan-rakan..jenazah dikebumikan ditanah perkuburan pekan darat jam 1.00 pagi dgn ditalkinkan oleh Ustaz Haizad Saad...bg ALUMNI SDHAB ..t. kasih buat rkn2 Allahyarham di DBP Sabah, MAS dan rkn2 yang terlibat secara lansung dalam perjalanan akhir sahabat kita...semoga roh dicucuri rahmatNya..Al-Fatihah...

Taklimat ALUMNI SDHAB

10/11/2010- ..terima kasih pada cikgu Aziz atas jemputan untuk taklimat ALUMNI SDHAB kepada pelajar2 form 6 di SMKSDHAB yg di hadiri oleh En Azizi Bakar, En. Azahar Jamaludin & En. Ahmad Rozzy Ismail...semoga dengan penyertaan keahlian adik-adik semua dapat memantapkan lagi agenda ALUMNI SDHAB pada masa akan datang...terima kasih sekali lagi..semoga ALUMNI SDHAB dapat bergerak sebagaimana yg dirancang & bagi ahli2 fb @ bekas-bekaspelajar yg belum menjadi ahli ALUMNI ...harap dapat kiranya menyertai ALUMNI SDHAB

Bacaan Yassin & Solat Hajat

02/10/2010 - jawatankuasa ALUMNI SDHAB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pentadbir SMKDHAB atas jemputan ke majlis bacaan Yassin dan Solat Hajat buat pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan PMR, SPM & STPM nanti. Majlis telah berlansung di dewan besar SMKDHAB pada pukul 7.oo ptg - 9.00 mlm disertai oleh pelajar2, para ibubapa, guru2, PIBG & wakil ALUMNI. saya ingin menyeru buat semua ahli ALUMNI agar berdoa buat semua pelajar2 yg akan mengambil peperiksaan agar diberi kelapangan fikiran & ketenangan dalam menjawab soalan..bermula dengan Bismillah & selawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebelum memasuki dewan peperiksaan..berfikir secara bijak..manafaatkan masa yg ada dlm menjawab soalan2..berusaha bersungguh & tawakal kepada Allah SWT..yang paling penting doa & restu IBU sebelum melangkah keluar dari rumah...kerana doa IBU adalah mustajab & dimakbulkan dengan izinNya


JOM RAYA ALUMNI SDHAB

 

PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB (ALUMNI SDHAB) 1757-10-PPG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HJ AHMAD BADAWI
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG


AHLI - AHLI ALUMNI SDHAB

JEMPUTAN KE JAMUAN JOM RAYA ALUMNI SDHAB

Jamuan Adiifitri 2010 dan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS.

TARIKH : 11/09/2010 - SABTU
TEMPAT :BERTAM GOLF RESORT
MASA            : 7.45 MALAM

BAYARAN : RM35.00  SEORANG
BAYARAN : RM100.00 SEKELUARGA
(SUAMI/ISTERI & ANAK-ANAK SHJ)

Bayaran boleh dilakukan melalui :-

AFFIN BANK           AKAUN:  105600006561
PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB

**Pastikan anda mendapat resit selepas pembayaran dijelaskan
** Pembayaran menerusi Akaun Bank resit akan di keluarkan pada 11/9/2010


Sila sahkan kehadiran ahli-ahli sebelum 04/09/2010
Untuk keterangan lanjut , sila hubungi:-
                                               
Omar Aboo Bakar       : 012-5608479
Masyitah Abdullah     : 012-5830056
Rosman Din               : 012-4784494


JOM RIUHKAN RAYA…..
Tapi… JANGAN LUPA DIRI………





Pihak ahli jawatankuasa ALUMNI SDHAB ingin merakamkan jutaan terima kasih di atas sokongan saudara dan saudari bagi menjayakan majlis jamuan aidilfitri dan juga kepada yang baru menjadi ahli persatuan. Tanpa anda yang memberi sokongan sudah pasti ALUMNI SDHAB tidak akan ke mana mana. Tidak lupa juga kepada individu yang bermurah hati menyumbangkan hamper untuk cabutan bertuah. Pihak AJK amatlah berterima kasih dan berbesar hati.

Majlis khatam Al-Quran, Berbuka Puasa dan Solat Tarawih Ramadhan 1431H/2010

20/09/2010 - satu majlis Khatam Al-Quran, Berbuka Puasa dan Solat Tarawih telah diadakan di dewan Besar SMKDHAB..jawatankuasa ALUMNI SDHAB telah dijemput oleh pentadbir SMKDHAB untuk bersama-sama para guru-guru, ibubapa & pelajar-pelajar untuk menghadiri majlis tersebut..semoga kemuliaan ramadhan akan terus memberi nikmat kepada hambaNya agar dapat meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT..di dalam bulan yang barakah ini




Taklimat oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia

14/08/2010 -satu taklimat oleh En Md Rusly bin Hashim dari Pendaftar Pertubuhan Malaysia telah diadakan dan dihadiri oleh semua ahli jawatankuasa ALUMNI SDHAB..sebagai satu pertubuhan yang baru diluluskan taklimat yang diberikan amat perlu & berguna kepada jawatankuasa untuk bergerak secara berkumpulan mengikut tatacara yang dibenarkan dan tertakluk kepada undang-undang yang telah termaktub. Penerangan lebih tertumpu kepada :
  • Pengedalian Mesyuarat Agung Tahunan
  • Akta pertubuhan 1996
  • Penyata Tahunan
  • Pengurusan Kewangan & Kutipan bayaran
  • Pengurusan sesebuah Pertubuhan
  • Keadaan-keadaan yang menyebabkan Pertubuhan dibatalkan
Dengan sessi taklimat yang berlansung selama 1 jam lebih..diharap jawatankuasa dapat bekerjasama & bertugas secara bersih, cekap & amanah agar ALUMNI SDHAB terus aktif dan mencapai piawaian yang telah ditetapkan seterusnya merangkul Anugerah Pendaftar Pertubuhan untuk tahun 2011...InsyaAllah







 

PROGRAM PELAJAR CEMERLANG - BADAWI GEMILANG

14/10/2010- Biro Pendidikan & Kebajikan telah mengadakan PROGRAM PELAJAR CEMERLANG, BADAWI GEMILANG (`STRIVE TO EXCELL’) `Ice Breaking’ bertempat di dewan besar SMKDHAB dengan disertai oleh pelajar-pelajar SMKDHAB yg akan mengambil peperiksaan PMR 2010 & juga terbuka kepada anak-anak ahli dengan kerjasama PUZ Pulau Pinang & BANK PERSATUAN
Fasilator jemputan adalah :-
En. Muhammad bin Musa, Pn. Yusliza Yusoff( Peg. Psikologi PSP) & Pembimbing Rakan Siswa PS,
Ceramah – `Strive to Excell’ oleh Cik Maslina bt Bahtun (Peg. Psikologi PSP) 
LDK 1 – Peta Minda
LDK 2 – Pengurusan Masa - 
Ceramah Motivasi (Pendidikan dan Kerjaya)
Oleh Encik Shukor Bin Mohaideen.
Lebih dari 100 pelajar telah menghadiri program tersebut & diharap dapat memberi motivasi dlm membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR 2010.















Kunjungan Kasih Biro Pendidikan & Kebajikan

Biro Pendidikan & Kebajikan  diketuai oleh Pn. Tijah Hasan dan disertai Ketua Penerangan ALUMNI SDHAB telah membuat kunjungan kasih & menziarahi Cikgu Fatimah di rumah Ibunya...beliau kelihatan agak uzur sekarang dan disahkan mengidap sakit buah pinggang...terima Kasih pada saudara Zainuddin kerana menyampaikan berita tentang Cikgu Fatimah.Sama-samalah kita berdoa semoga beliau cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa.

SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN

19hb Julai 2010 - jawatankuasa penaja melalui setiausaha telah membuat permohanan untuk mendaftarkan ALUMNI SDHAB sebagai pertubuhan yang sah melalui surat bertarikh 09/04/2010. Setelah hampir 3 bulan dan berulang-alik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...akhirnya permohonan j/kuasa penaja ALUMNI SDHAB telah diluluskan..justeru itu dengan lafaz Bismillah...saya dengan ini mengumumkan ALUMNI SDHAB (PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI,KEPALA BATAS) telah pada hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dgn nombor pendaftarannya ialah 1757-10-PPG oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia berkuatkuasa dari tarikh hari ini Isnin 19 Julai 2010 bersamaan 7 Syaaban 1431 Hijrah sebagai pertubuhan yg sah disisi undang-undang. 
saya yg menurut perintah,
OMAR ABOO BAKAR
(Setiausaha ALUMNI SDHAB)

WALL RASMI ALUMNI SDHAB-FB




 

17/07/2010 - Jutaan terima kasih kepada saudara mohd shukri kerana menjadikan kami ajk ALUMNI SDHAB sbg admin untuk fb bekas pelajar SMKDHAB...saya dengan ini mengesahkan wall@group ini sebagai medium rasmi ALUMNI SDHAB (PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB) KEPALA BATAS..segala atvt @ perkembangan mutakhir ALUMNI SDHAB akan disalurkan melalui wall ini..kepada semua ahli harap dapat war2kan pada semua x-student BADAWI agar dpt sertai group ini..harapan kami.. keahlian ALUMNI akan mencapai 1000 ahli menjelang 2011..sama2 lah kita jadikan ALUMNI SDHAB ini antara yg aktif & terbaik diantara alumni2 sediada.. salam hormat dari saya (s/usaha ALUMNI SDHAB)OMAR ABOO BAKAR

Mega Reunion & Mesyuarat Agung 4


Pemilihan jawatankuasa baru ALUMNI SDHAB telah di adakan dan tertera seperti berikut:-


JAWATAN KUASA ALUMNI SDHAB 2010/2011


PENAUNG                : TUN ABDULLAH HAJI AHMAD BADAWI

PENASIHAT 1         : TUAN HJ NOOR AZMI BIN MOHD. JAN (PJK)
  (PENGETUA SMK DHAB)

PENASIHAT 2         : DATO’ OSMAN BIN SAID
  (YDP PIBG SMK DHAB)

PENASIHAT 3         : EN AZIZ B. MOHAMAD
  (WAKIL GURU)


PENGERUSI            : EN. AZIZI BIN BAKAR
NAIB PENGERUSI : EN. NASIR BIN RADHI
SETIAUSAHA          : EN. OMAR BIN ABOO BAKAR
NAIB S/USAHA       : EN. ROSMAN BIN DIN
BENDAHARI            : EN. AZAHAR BIN JAMALUDIN
NAIB BENDAHARI : EN. NORHISHAM BIN SALLEH
K/ PENERANGAN  : PUAN MASYITAH BINTI ABDULLAH
AJK
  1. EN. ZAIDI BIN MAT ISA
  2. EN. AMRAN BIN AHMAD
  3. EN. ROSDI BIN ISHAK
  4. EN. MOHD YUSSARDI BIN MD YUSUFF
  5. EN.  MOHD RIZAL BIN ABU BAKAR
  6. EN.  NORDIN BIN ISHAK
  7. PN. NURFARIZATY BINTI MD DESA
  8. EN. MOHD NIZAM BIN ABDUL RAZAK
  9. EN. HAMIDI BIN MAT NAYAN
  10. EN.  AHMAD ROZY BIN ISMAIL
  11. EN. ABD. MUTALIB BIN ISMAIL
  12. PN. TIJAH BINTI HASAN
  13. PN. SALWANA BINTI OMAR
  14. PN. SAKINAH BINTI ALIAS
  15. EN. ZULKEFLE BIN ISMAIL
  16. EN. ZAINUDDIN BIN GHAZALI
  17. PN. SABIRA BINTI OSMAN
  18. EN. ZAMZURI BIN ISHAK
  19. EN. IDRIS BIN ISMAIL
  20. PN. NORBAITI BINTI MD SAAD
  21. MOHD SABRI BIN AHMAD
  22. PN. NURZURAINI BINTI MD. ZAIN
  23. PN. NOORAFIFAH BT DATO’ HAJI OSMAN



PEMERIKSA KIRA-KIRA 1
PN. NORSIAH MOHD NOOR


 PEMERIKSA KIRA-KIRA 2
EN. SYAHARUDIN ADAM SHAH

Pengerusi ALUMNI SDHAB En. Azizi Bakar menyampaikan rasa terima kasih kepada semua rakan2 yang hadir dalam menjayakan program MEGA REUNION & MESYUARAT AGUNG ALUMNI SDHAB . Beliau melahirkan rasa syukur atas di atas semangat yg ditunjukkan oleh rakan2 bekas pelajar & jawatankuasa penaja ALUMNI SDHAB yang bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini. InsyaAllah ALUMNI SDHAB akan cuba merancang aktiviti2 yg berfaedah untuk ahli-ahli ALUMNI & bekerjasama dengan pihak SMKDHAB dalam membantu setiap program yang direncanakan kelak. Ada beberapa program penting yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2010. Keahlian ALUMNI SDHAB setakat majlis ini menunjukkan permulaan yg baik bagi sesebuah pertubuhan iaitu seramai 210 orang ahli berdaftar. Moga-moga permulaan yg dirintis ini akan mendapat sokongan dari semua bekas pelajar bagi membolehkan ALUMNI SDHAB bergerak kedepan dalam semua aktiviti.

Mega Reunion & Mesyuarat Agung3


KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI PENAJA ALUMNI SDHAB

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

Syukur Alhamdulillah , dengan izin serta rahmat dari Allah swt dapat kita berkumpul bersama pada hari ini dalam merealisasikan impian , mimpi serta cita-cita kita untuk dijadikan kenyataan yang diterjemahkan sebagai “ MEGA REUNION “ Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi.

Kita berkumpul dan berjumpa bukan untuk mengukur kekayaan , tidak sekali mengukur tingginya pangkat dan darjat malah jauh sekali ingin mengukur betapanya kita hebat. Kita berkumpul dengan satu matlamat ingin mengukur dan memanjangkan ikatan sebagai sahabat serta terus mengikat silaturrahim agar ianya menjadi lebih utuh dan bertambah erat. Kepada semua yang terlibat samada ahli , guru-guru serta orang perseorangan yang tak jemu-jemu membantu dalam memastikan kewujudan “ ALUMNI SDHAB “ ingin saya rakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Sesungguhnya segala jasa baik tuan-puan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Meniti hari-hari  penubuhan “ ALUMNI SDHAB “ , pelbagai masalah serta karenah yang terpaksa ditempuhi. Semangat serta kerjasama rakan-rakan telah memadamkan langsung segala masalah serta karenah tersebut. Oleh yang demikian , saya ingin menyeru kepada semua ahli agar dapat mengekalkan semangat serta kerja berpasukan dalam memastikan kewujudan persatuan kita ini tidak disia-siakan. Nawaitu yang baik seharusnya kita selarikan dengan tindakan yang terbaik.

Akhirkata , ingin saya rakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai dan memimpin persatuan ini. Teguran serta kerjasama dari tuan-puan amatlah  saya harapkan demi memastikan kejayaan serta meletakkan persatuan kita antara yang tersohor dikalangan persatuan bekas pelajar di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


EN.AZIZI BIN HAJI BAKAR
PENGERUSI PENAJA ALUMNI SDHAB
(PERSATUAN BEKAS PELAJAR SDHAB)
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

Mega Reunion & Mesyuarat Agung2


KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam satu Malaysia.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia rahmat dan kasih sayangNya saya diberi peluang memberi sepatah dua kata disini.  Sebelum itu sekalung penghargaan dan tahniah kepada barisan AJK  Penaja Bekas Pelajar SMK DHAB yang gigih berusaha demi merealisasikan hasrat untuk menghimpunkan bekas pelajar-pelajar SMK DHAB  untuk Majlis MEGA REUNION ini .
Justeru dengan perjumpaan ini  merupakan bermulanya lembaran baru serta menjadi titik tolak sebagai tarikh yang penuh bermakna dalam merealisasikan hasrat PIBG dan pihak Sekolah  sekian lama untuk melihat tertubuhnya ALUMNI SDHAB ataupun Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi.

Adalah suatu yang amat membanggakan untuk kita melihat kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak didik SMK DHAB selama penubuhan sekolah ini. Ibarat sirih pulang ke gagang, program seumpama ini diharapkan dapat menghimpunkan mereka yang telah berjaya bagi menjana idea mahupun sumbangan dalam bentuk material, membantu mempertingkatkan pelajaran dan pengetahuan dalam apa jua aktiviti melalui program motivasi  atau kursus untuk SM KDHAB, demi kecermerlangan sekolah. Penubuhan ALUMNI SDHAB  juga mencerminkan kerjasama yang erat antara bekas pelajar sebagai satu badan yang memainkan peranan penting dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran ke arah kecemerlangan pendidikan .

Akhir kalam, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Penaja, semua bekas pelajar yang hadir, serta semua pihak yang telah berusaha bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI OSMAN BIN SAID
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

Mega Reunion & Mesyuarat Agung 1


KATA-KATA ALUAN
PENGETUA
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usaha untuk menganjurkan pertemuan bekas-bekas pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Badawi ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada persafahaman dan juga ikatan serta jalinan murni antara pihak sekolah dengan masyarakat dan komuniti setempat. Malah dengan adanya satu pertubuhan yang dapat mengumpul serta menyatukan bekas-bekas pelajar sekolah ini akan dapat meletakkan sekolah ini di puncak kejayaan dalam banyak bidang khususnya yang berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan sekolah dan pembangunan modal insane.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Interim yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan pertemuan ataupun”reunion” yang berlansung pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa orang guru di sekolah ini yang juga adalah bekas pelajar sekolah ini yang turut sama member buah fikiran mereka untuk menjayakan pertemuan ini.

Wassalam.





TUAN HAJI NOOR AZMI BIN MOHD. JAN (PJK)
PENGETUA
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

MEGA REUNION & MESYUARAT AGUNG ALUMNI SDHAB

06/06/2010
Syukur ke hadrat Tuhan, dengan izinNYA kita dapat berjumpa buat julung kalinya dalam perjumpaan MEGA REUNION & MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA ALUMNI SDHAB(PERSATUAN BEKAS PELAJAR SDHAB) pada hari ini 06/06/2010.

Pelbagai rintangan dan cabaran telah ditempuhi oleh jawatankuasa penaja ALUMNI  SDHAB demi menjayakan majlis ini . Perjumpaan pada hari ini di harap dapat mengeratkan kembali silaturahim yang telah lama terputus di antara bekas pelajar dan bekas guru SMK DHAB.

Sejak SMK DHAB ditubuhkan 45 tahun yang lalu(1965), buat julung kalinya majlis perjumpaan  bekas pelajar SMK DHAB  dapat diadakan dengan melibatkan semua bekas pelajar dengan matlamat  menubuhkan satu persatuan bekas pelajar SMK DHAB (ALUMNI SDHAB) agar kita dapat bergerak secara sah di atas pertubuhan untuk sama-sama membantu dan bergerak secara seiringan dengan pentadbir SMK DHAB dalam mengharumkan lagi nama sekolah di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan dalam  bidang akedemik  mahupun ko-kurikulum

Ucapan terima kasih dan perhargaan buat semua guru-guru yang pernah mengajar kami. Dorongan dan bimbingan  yang di beri selama kami  menuntut di SMK DHAB amatlah dihargai dan kami jadikan bekalan dalam kehidupan harian kami.           

ATURCARA MAJLIS

9.00 pagi
Pendaftaran bekas pelajar & guru
9.45 pagi
Ketibaan tetamu jemputan
10.00 pagi
Ucapan Aluan Pengacara Majlis

Nyanyian lagu NEGARA KU & NEGERI PULAU PINANG

Bacaan Doa
Haji Mohd Fuad b. Haji Idrus

Ucapan Pengerusi Penaja ALUMNI SMKDHAB
En. Azizi bin Haji Bakar

Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK DHAB
,(Datuk Haji Osman bin Said)

Ucapan Mantan  Pengetua SMK DHAB
Tuan Haji Wan Min bin Wan Din

Ucapan  & Perasmian oleh
Yang Berbahagia  Pengetua SMK DHAB
Tuan Haji Noor Azmi bin Mohd Jan

Sumbangan Cenderahati
Pengerusi PIBG/Mantan Pengetua/ Pengetua SMK DHAB

Cabutan Bertuah

Persembahan dari pelajar SMK DHAB

Cabutan Bertuah

Tayangan slide BADAWI oleh
Cikgu Abdul Aziz b. Mohamad

Cabutan Bertuah

Jamuan makan tetamu jemputan
11.50 pagi – 1.00 tghr
Mesyuarat Agung Penubuhan ALUMNI SDHAB
1.00 ptg
Jamuan makan
2.00 ptg – 3.00 ptg
Sessi Mengeratkan Silaturahim
2.00 ptg – 3.00 ptg
Sessi Fotografi








Template by:

Free Blog Templates