Wednesday, July 25, 2012

Sepetang bersama 1st batch badawian dan guru.- 3





Sepetang bersama 1st batch badawian dan guru.- 2



JEMPUTAN KE JAMUAN JOM RAYA ALUMNI SDHAB


PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB (ALUMNI SDHAB) 1757-10-PPG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HJ AHMAD BADAWI
13200 KEPALA BATASPULAU PINANG

AHLI - AHLI ALUMNI SDHAB & BEKAS PELAJAR SMKDHAB
JEMPUTAN KE JAMUAN JOM RAYA ALUMNI SDHAB

Jamuan Aidilfitri 2012 dan majlis perjumpaan bekas-bekas pelajar
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS.

TARIKH : 20/08/2012 - ISNIN
TEMPAT : DEWAN BESAR SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
MASA : 2.00 PETANG – 6.00 PETANG

JOM RIUHKAN RAYA…
Tapi… JANGAN KIRA DARJAT…
SAPA PUN KITA…KITA TETAP BADAWIAN YANG TERBAIK

p/s: hadiah cabutan bertuah…sila o sila

Salam Ramadhan


Assalamualaikum..alumni ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua badawian..semoga anda semua dirahmati Allah selalu dan diberi kesihatan yang baik sepanjang ramadhan ini & dapat meraih sebanyak mungkin nikmat & ganjaran sepanjang menjalani ibadah puasa nanti...salam hormat

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAP) KOPERASI ALUMNAI BADAWI KEPALA BATAS BERHAD(Dalam Penubuhan)

PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB(ALUMNI SDHAB) 1757-10-PPG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HJ AHMAD BADAWI
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
____________________________________________________________________________________________
... Ruj. Kami : Bil (070)-SU/ALUMNI SDHAB/2012
Tarikh : 01/07/2012


Semua Ahli Berdaftar & bekas pelajar
Persatuan Bekas Pelajar SMKDHAB

Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAP) KOPERASI ALUMNAI BADAWI KEPALA BATAS BERHAD(Dalam Penubuhan)

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian ahli berdaftar & bekas pelajar mengenai perkara di atas.

2. Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) Koperasi Alumnai Badawi Kepala Batas Berhad (dalam penubuhan) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh :14 Julai 2012 (Sabtu)
Tempat :Bilik Mesyuarat SMK Datuk Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas
Masa :9.00 pagi – 12.o0 tengahari


AGENDA:
1- Perlantikan pengerusi mesyuarat.
2- Persetujuan menubuhkan koperasi.
3- Permohonan pendaftaran koperasi.
4- Penerimaan Undang-Undang kecil.
5- Pemilihan Anggota Lembaga.
6- Menimbang dan meluluskan belanjawan koperasi.
7- Meluluskan elaun yang diberikan kepada Lembaga sebagai saraan yang dibayar, jika ada.
8- Meluluskan perlantikan suatu panel juruaudit yang tidak kurang daripada dua orang juruaudit.
9- Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi.
10- Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.

Semoga kehadiran ahli berdaftar & bekas pelajar ke Mesyuarat Agung Permulaan ini akan dapat memberi pandangan dan buah fikiran yang berguna untuk kemajuan koperasi kita.

Sekian.


Yang menjalankan tugas,
Koperasi Alumnai Badawi Kepala Batas Berhad(dalam penubuhan)



(OMAR ABOO BAKAR)
Setiausaha Penaja

Projek Jiwa Murni - Sekalung Penghargaan


alumni ingin merakamkan ucapan penghargaan & terima kasih terima kasih kepada:-


-         Tuan Haji Noor Azmi bin Mohd. Jan (PJK)Pengetua SMKDHAB

-         YBhg Datuk Osman bin Said - YDP PIBG SMK DHAB

-         Cikgu Said Ibrahim- PK HEM

-         Cikgu Abdul Aziz Muhamad- Penasihat ALUMNI SDHAB

-         En Azizi Bakar- YDP ALUMNI SDHAB

-         Ketua Jurulatih PALAPES UPM- Mejar Abdul Aziz Othman

-         Jurulatih PALAPES UPM

-         Pegawai Kadet PALAPES

-         Jawatankuasa ALUMNI SDHAB

-         PIBG SMKDHAB

-         Jawatankuasa PIBG SMKDHAB

-         Guru-guru SMKDHAB

-         Pelajar-pelajar PMR/ SPM & STPM SMKDHAB

-         Anak-anak ahli ALUMNI SDHAB

-  Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Projek Jiwa Murni- Ceramah Motivasi & Kependidikan Pelajar SMKDHAB .

Terima kasih yang tidak terhinggga…


Semoga ceramah dan motivasi yg diberi pegawai kadet PALAPES UPM akan memberi manafaat & menjadikan para pelajar SMKDHAB lebih berusaha didalam pelajaran serta mencapai kejayaan yg cemerlang dalam peperiksaan yg bakal diduduki nanti. Sesungguhnya ilmu yg diperolehi akan memberi dorongan & kejayaan buat anda semua di dunia & akhirat. Semoga SMKDHAB akan melahirkan lebih ramai badawian yg berjaya didalam kehidupan & seterusnya mewarisi ALUMNI SDHAB agar terus relevan sepanjang zaman.

Salam hormat
su alumni sdhab

Tuesday, June 26, 2012

Projek Jiwa Murni- Ceramah Motivasi dan Kependidikan Pelajar SMKDHAB


Assalamualaikum …
ALUMNI SDHAB melalui BIRO PENDIDIKAN & KEBAJIKAN dengan kerjasama PALAPES UPM akan mengadakan Projek Jiwa Murni- Ceramah Motivasi & Kependidikan Pelajar SMKDHAB melibatkan semua pelajar-pelajar tingkatan 3, 5 & 6 yang akan menduduki  peperiksaan PMR, SPM dan STPM  2012  pada:-
Tarikh                :   29hb Jun 2012 (Jumaat)
           Tempat               :   Dewan SMK Datuk Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas
            Masa                 :   2.30 petang – 5.00 petang
Penceramah       :   Pegawai Muda Pelajar dan Pegawai Kadet PALAPES UPM
Pakaian             :   Pakaian Seragam Sekolah

Masa
Aktiviti
Catatan
2.30 petang
Semua pelajar berkumpul & mendaftar
Dewan Besar SMKDHAB
2.50 petang
Perasmian Projek Jiwa Murni
Pengetua SMKDHAB
3.00 petang
Ceramah Motivasi
-Pengenalan
-Tayangan video

3.45 petang
Ceramah Kependidikan
-Pengenalan
-Kaedah Pembelajaran
-Kaedah menjawab Soalan

4.15 petang
Ceramah Kerjaya

4.45 petang
Solat Asar Berjemaah
Surau SMKDHAB
5.00 petang
Jamuan Ringan & Bersurai
Kantin SMKDHAB


Projek Jiwa Murni ini diadakan untuk pelajar-pelajar SMKDHAB. Jawatankuasa juga ingin menjemput anak-anak ahli ALUMNI SDHAB untuk turut serta  di dalam seminar ini yang diadakan secara percuma.

Sebarang kemusykilan & pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada :

Setiausaha ALUMNI SDHAB - En Omar Aboo Bakar (Tel No : 012- 5608479)

Wednesday, June 13, 2012

Majlis Persaraan Cikgu Hajah Datin Seri Zaiton 1985-2012



Wednesday, May 23, 2012

Pelajar Terbaik SPM 2011


Friday, May 11, 2012

Sepetang bersama 1st batch badawian

seramai 14 orang dari 1st bacth SMKDHAB tahun 1965 dari seramai 400 orang pelajar pertama berkumpul buat pertama kalinya & alhamdulillah telah menjadi ahli berdaftar dan akan memberi buah fikiran utk memantapkan lagi ALUMNI SDHAB...tq Cikgu Jamil Jaafar & En Md Rosli Md Taib yang membuka ruang utk pertemuan hari ini...

Tuesday, May 8, 2012

Lawatan Sekolah Muang Surat Thani, Thailand ke SMKDHAB

In memory Muang Surat Thani School student, Thailand

Okestra SMKDHAB




Monday, May 7, 2012

Gamelan SMKDHAB

persembahan Gamelan oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 - 5


BADAWI brass band- SMKDHAB 2009


persembahan di Kompleks Sukan Bertam

Nostalgia BADAWI 11

oleh 6BE1 '08,6AE1 '09

Tuesday, May 1, 2012

Profile & Lokasi SMKDHAB

Logo SMKDHAB


Alamat

SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI
13200 KEPALA BATAS
NO TEL: 04-5751142



Pentadbiran SMKDHAB

PENGETUA                          : TUAN HAJI NOOR AZMI BIN MOHD JAN

TIMBALAN PENGETUA
/PK PENTADBIRAN            : TUAN HAJI CHE JOHAR BIN JAAFAR

PK HEM                                 : EN. MOHD SAID BIN IBRAHIM

PK KOKURIKULUM             : EN MANSOR BIN MAT ISA

PK TINGKATAN 6                : EN. UMAR BIN SAIDIN

GK BAHASA                         : EN BADROL HISHAM BIN IBRAHIM

GK SAINS & MATH             : PN NOOR LILA BT ZAKARIA

GK KEMANUSIAN              : PN. CHE SAYANG BT BAKAR

GK TEKNIK & VOK             : TUAN HAJI MOHD BIN ALI



Lagu Sekolah

Cekal hati tekun berusaha
Dedikasi semangat bersama
Melambangkan satu warga
Jadi rakyat berguna

Semaikanlah ilmu pengetahuan
Berusaha untuk kemajuan
Bersatu dalam persatuan
Melahirkan insan harapan

Badawi sekolah kami
Guru dedikasi dihormati
Cemerlang ikrar kami
Rajin tekun berbakti

Agama jadi panduan semua
Rukun Negara tidak dilupa
Usaha terus berjaya
Hingga kami berjaya


digubah semula Feb 2001
Lirik : Puan Jamaah Hj Taman, Mardiana Saad, Amrul Hidayah
Muzik: En. Abdul Manaf, En. Ahmad Ramli



Lokasi

 
 

Template by:

Free Blog Templates