Sunday, January 30, 2011

Mega Reunion & Mesyuarat Agung 1


KATA-KATA ALUAN
PENGETUA
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya, usaha untuk menganjurkan pertemuan bekas-bekas pelajar SMK Datuk Haji Ahmad Badawi ini dapat direalisasikan dengan jayanya.

Kejayaan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada persafahaman dan juga ikatan serta jalinan murni antara pihak sekolah dengan masyarakat dan komuniti setempat. Malah dengan adanya satu pertubuhan yang dapat mengumpul serta menyatukan bekas-bekas pelajar sekolah ini akan dapat meletakkan sekolah ini di puncak kejayaan dalam banyak bidang khususnya yang berkaitan dengan kebajikan dan pembangunan sekolah dan pembangunan modal insane.

Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Interim yang telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menjayakan pertemuan ataupun”reunion” yang berlansung pada hari ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada beberapa orang guru di sekolah ini yang juga adalah bekas pelajar sekolah ini yang turut sama member buah fikiran mereka untuk menjayakan pertemuan ini.

Wassalam.





TUAN HAJI NOOR AZMI BIN MOHD. JAN (PJK)
PENGETUA
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates