Sunday, January 30, 2011

SIJIL PENDAFTARAN PERTUBUHAN

19hb Julai 2010 - jawatankuasa penaja melalui setiausaha telah membuat permohanan untuk mendaftarkan ALUMNI SDHAB sebagai pertubuhan yang sah melalui surat bertarikh 09/04/2010. Setelah hampir 3 bulan dan berulang-alik ke pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan...akhirnya permohonan j/kuasa penaja ALUMNI SDHAB telah diluluskan..justeru itu dengan lafaz Bismillah...saya dengan ini mengumumkan ALUMNI SDHAB (PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI,KEPALA BATAS) telah pada hari ini didaftarkan sebagai suatu pertubuhan di bawah Seksyen 7 Akta Pertubuhan 1966 dgn nombor pendaftarannya ialah 1757-10-PPG oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia berkuatkuasa dari tarikh hari ini Isnin 19 Julai 2010 bersamaan 7 Syaaban 1431 Hijrah sebagai pertubuhan yg sah disisi undang-undang. 
saya yg menurut perintah,
OMAR ABOO BAKAR
(Setiausaha ALUMNI SDHAB)

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates