Sunday, April 10, 2011

Hari Ini Dalam Sejarah

Hari ini tanggal 10/04/2011... genaplah setahun perancangan bagi menubuhkan ALUMNI SDHAB. Segalanya bermula di Restoran SAHA..beberapa orang dari bekas pelajar SMKDHAB telah mengadakan perjumpaan pertama pada jam lebih kurang 9 malam ( Final Piala Malaysia, N9  vs  KEDAH ) bagi membincangkan jalan terbaik bagi mengumpulkan bekas pelajar yang bertaburan dibumi Malaysia tercinta ini...Akhirnya satu keputusan telah tercapai dengan hasrat untuk mengadakan MEGA REUNION pada tarikh 06/06/2010 dan sekaligus menubuhkan PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB, KEPALA BATAS @ ALUMNI SDHAB
Selepas persetujuan tercapai dengan tarikh tersebut, beberapa mesyuarat susulan telah diadakan bagi penubuhan AJK PENAJA, kebanyakan mesyuarat diadakan di kedai makan NAN CORNERS. Mesyuarat terakhir diadakan di Galeri Seni SMKDHAB pada 04/06/2010 bagi perbincangan lanjut dan pembahagian tugas AJK serta penyediaan dewan yang akan diuruskan pada 05/06/2010...mesyuarat juga disertai oleh cikgu Abdul Aziz Mohamad selaku penasihat. Kewangan semasa hendak ditubuhkan ALUMNI SDHAB hanyalah sekadar RM60.00 shj...tetapi atas semangat ingin melihat berdirinya ALUMNI SDHAB, semua yang terlibat berkorban apa saja dan akhirnya ALUMNI SDHAB telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 19 JULAI 2010....Di kesempatan ini saya ingin melahirkan penghargaan & terima kasih yang tak terhingga kepada individu yang terlibat iaitu  :-
Azizi bin Bakar, NorHisyam bin Salleh, Omar bin Aboo Bakar, Rosman bin Din, Nasir bin Mohd Radhi, Azahar bin Jamaludin, Masyitah bt Abdullah, Zaidi bin Mat Isa, Amran bin Ahmad, Rosdi bin Ishak, Mohd Yusardi bin Md Yusuff, Mohd Rizal bin Abu Bakar, Nordin bin Ishak, NurFarizaty bt Md Desa, Mohd Nizam bin Abdul Razak, Hamidi bin Mat Nayan, Tijah bt Hasan, Ahmad Rozy bin Ismail, Zulkefli bin Ismail, Zainuddin bin Ghazali & Mutalib bin Ismail.
Adalah menjadi harapan kami semua... ALUMNI SDHAB akan terus berdiri kukuh dan mendapat sokongan berterusan dari setiap bekas pelajar SMKDHAB dalam menghubungkan silaturrahim dikalangan bekas pelajar dan membantu pelajar dalam meriallisasikan kecermerlangan SMKDHAB.... 

salam hormat...

Wednesday, April 6, 2011

Sekitar Program Kembara Kasih Alumni SDHAB pd 2 & 3hb April 2011















Template by:

Free Blog Templates