Friday, January 28, 2011

Sembang-sembang Alumni

Sebelum ALUMNI SDHAB dapat ditubuhkan secara sah...banyak perjumpaan tak rasmi antara bekas-bekas pelajar SMKDHAB berlaku samada dipasar-pasar malam sekitar pekan Kepala Batas, dimajlis-majlis kenduri, cuti-cuti umum seperti hari raya,,,sekadar bertanya khabar; kheja kat mana...anak dah brapa...bini tambah lagi ka..mmm   setakat tu ja....nak jumpa balik kena tunggu setahun...Penggunaan telefon bimbit pada era 1990 telah mengeratkan lagi silaturahim antara semua kawan-kawan,,kalau-kalau ada kenduri @ kematian...pantas ja di dail hp sebesar kotak pencil tu & paling cepat depa kata...sms je..pastu penggunaan internet secara meluas telah bermula pada pertengahan 1990 an...masa tu payah la sikit nak email pun pakai JARING ja...dah la komputer mahal..tak ramai yg pakai...apa pun tali silaturahim tetap berkembang...Bila Facebook mula diperkenalkan semakin rancak lagi bekas2 pelajar cuba menjejak rakan2 yg sekian lama menghilang...berbagai group & wall di tubuhkan antaranya :-


ALUMNI SDHAB - BEKAS PELAJAR SEK.MEN.DATUK HJ. AHMAD BADAWI, KEPALA BATAS.
Perbincangan untuk menubuhkan satu alumni bagi SMKDHAB telah bermain di fikiran banyak bekas2 pelajar hampir sepuluh tahun yg lalu...samada yg senior @ junior...masing2 cuba melaksanakan sebaik mungkin...ada yg berjumpa di kawasan sekolah..adakan majlis makan malam..berjumpa di kedai2 makan & ada juga galakan dari guru2 & bekas guru agar ditubuhkan satu ALUMNI..usia SMKDHAB telah melebihi 40tahun...tapi cubaan untuk menubuhkan alumni masih belum berjaya...Asalnya terdapat dua gerakan dari 2 kumpulan senior yg ingin mengadakan majlis reunion pada pertengahan tahun 2010...perbincangan tak rasmi telah diadakan dimana jawatankuasa penaja berjumpa..duduk berbincang secara berhemah bagi menjaya satu majlis MEGA REUNION ..

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates