Sunday, January 30, 2011

Mega Reunion & Mesyuarat Agung3


KATA-KATA ALUAN
PENGERUSI PENAJA ALUMNI SDHAB

Assalamualaikum wbt dan salam satu Malaysia.

Syukur Alhamdulillah , dengan izin serta rahmat dari Allah swt dapat kita berkumpul bersama pada hari ini dalam merealisasikan impian , mimpi serta cita-cita kita untuk dijadikan kenyataan yang diterjemahkan sebagai “ MEGA REUNION “ Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi.

Kita berkumpul dan berjumpa bukan untuk mengukur kekayaan , tidak sekali mengukur tingginya pangkat dan darjat malah jauh sekali ingin mengukur betapanya kita hebat. Kita berkumpul dengan satu matlamat ingin mengukur dan memanjangkan ikatan sebagai sahabat serta terus mengikat silaturrahim agar ianya menjadi lebih utuh dan bertambah erat. Kepada semua yang terlibat samada ahli , guru-guru serta orang perseorangan yang tak jemu-jemu membantu dalam memastikan kewujudan “ ALUMNI SDHAB “ ingin saya rakamkan jutaan terima kasih yang tak terhingga. Sesungguhnya segala jasa baik tuan-puan hanya Allah yang dapat membalasnya.

Meniti hari-hari  penubuhan “ ALUMNI SDHAB “ , pelbagai masalah serta karenah yang terpaksa ditempuhi. Semangat serta kerjasama rakan-rakan telah memadamkan langsung segala masalah serta karenah tersebut. Oleh yang demikian , saya ingin menyeru kepada semua ahli agar dapat mengekalkan semangat serta kerja berpasukan dalam memastikan kewujudan persatuan kita ini tidak disia-siakan. Nawaitu yang baik seharusnya kita selarikan dengan tindakan yang terbaik.

Akhirkata , ingin saya rakamkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang memberi kepercayaan kepada saya untuk mengetuai dan memimpin persatuan ini. Teguran serta kerjasama dari tuan-puan amatlah  saya harapkan demi memastikan kejayaan serta meletakkan persatuan kita antara yang tersohor dikalangan persatuan bekas pelajar di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.


EN.AZIZI BIN HAJI BAKAR
PENGERUSI PENAJA ALUMNI SDHAB
(PERSATUAN BEKAS PELAJAR SDHAB)
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates