Saturday, January 29, 2011

Kunjungan Hormat

     Tarikh 15/04/2010...satu kunjungan hormat telah dibuat ke SMKDHAB atas jemputan Pengerusi PIBG Dato' Osman Said &  Pengetua Tn. Haji Noor Azmi bin Mohamad Jan...Pn Masyitah Abdullah & En Omar Aboo Bakar telah menyampaikan salam dari jawatankuasa penaja untuk menganjurkan satu majlis perjumpaan bekas pelajar @  PERJUMPAAN MEGA REUNION & MESYUARAT AGUNG ALUMNI SDHAB pada tarikh 06/06/2010..j.kuasa penaja juga mohon keizinan dari Pengetua untuk menggunakan dewan pada tarikh tersebut dan memohon izin untuk menggunakan alamat sekolah sebagai alamat surat menyurat bagi ALUMNI SDHAB
     Dato' Osman Said melahirkan hasrat beliau agar satu pertubuhan alumnai SMKDHAB dapat ditubuhkan pada tahun ini. SMKDHAB adalah antara sekolah  tertua di parlimen Kepala Batas tetapi masih belum mempunyai satu pertubuhan bekas pelajar..adalah menjadi hasrat beliau agar ALUMNI SDHAB dapat ditubuhkan setelah 2 - 3 kumpulan bekas pelajar cuba menubuhkannya tapi tidak berjaya.. Pengetua juga melahirkan hasrat yg sama dan memberi sokongan penuh kepada j.kuasa untuk mengadakan majlis MEGA REUNION pada tarikh tersebut.
   Amanah & tanggungjawab yg dizahirkan pihak sekolah  akan j.kuasa penaja ALUMNI SDHAB merialisasikan pada tarikh tersebut...

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates