Sunday, January 30, 2011

Mega Reunion & Mesyuarat Agung2


KATA-KATA ALUAN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam satu Malaysia.

Saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan kurnia rahmat dan kasih sayangNya saya diberi peluang memberi sepatah dua kata disini.  Sebelum itu sekalung penghargaan dan tahniah kepada barisan AJK  Penaja Bekas Pelajar SMK DHAB yang gigih berusaha demi merealisasikan hasrat untuk menghimpunkan bekas pelajar-pelajar SMK DHAB  untuk Majlis MEGA REUNION ini .
Justeru dengan perjumpaan ini  merupakan bermulanya lembaran baru serta menjadi titik tolak sebagai tarikh yang penuh bermakna dalam merealisasikan hasrat PIBG dan pihak Sekolah  sekian lama untuk melihat tertubuhnya ALUMNI SDHAB ataupun Persatuan Bekas-Bekas Pelajar Sekolah Datuk Haji Ahmad Badawi.

Adalah suatu yang amat membanggakan untuk kita melihat kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh anak-anak didik SMK DHAB selama penubuhan sekolah ini. Ibarat sirih pulang ke gagang, program seumpama ini diharapkan dapat menghimpunkan mereka yang telah berjaya bagi menjana idea mahupun sumbangan dalam bentuk material, membantu mempertingkatkan pelajaran dan pengetahuan dalam apa jua aktiviti melalui program motivasi  atau kursus untuk SM KDHAB, demi kecermerlangan sekolah. Penubuhan ALUMNI SDHAB  juga mencerminkan kerjasama yang erat antara bekas pelajar sebagai satu badan yang memainkan peranan penting dalam menyumbangkan tenaga dan buah fikiran ke arah kecemerlangan pendidikan .

Akhir kalam, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Penaja, semua bekas pelajar yang hadir, serta semua pihak yang telah berusaha bertungkus-lumus dalam menjayakan majlis ini.

Sekian, terima kasih.

YANG BERBAHAGIA DATUK HAJI OSMAN BIN SAID
YANG DIPERTUA PIBG
SMK DATUK HAJI AHMAD BADAWI

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates