Wednesday, July 25, 2012

NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAP) KOPERASI ALUMNAI BADAWI KEPALA BATAS BERHAD(Dalam Penubuhan)

PERSATUAN BEKAS PELAJAR SMKDHAB(ALUMNI SDHAB) 1757-10-PPG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATUK HJ AHMAD BADAWI
13200 KEPALA BATAS
PULAU PINANG
____________________________________________________________________________________________
... Ruj. Kami : Bil (070)-SU/ALUMNI SDHAB/2012
Tarikh : 01/07/2012


Semua Ahli Berdaftar & bekas pelajar
Persatuan Bekas Pelajar SMKDHAB

Tuan/Puan
NOTIS MESYUARAT AGUNG PERMULAAN (MAP) KOPERASI ALUMNAI BADAWI KEPALA BATAS BERHAD(Dalam Penubuhan)

Dengan segala hormatnya saya ingin menarik perhatian ahli berdaftar & bekas pelajar mengenai perkara di atas.

2. Mesyuarat Agung Permulaan (MAP) Koperasi Alumnai Badawi Kepala Batas Berhad (dalam penubuhan) akan diadakan seperti berikut:-

Tarikh :14 Julai 2012 (Sabtu)
Tempat :Bilik Mesyuarat SMK Datuk Hj Ahmad Badawi, Kepala Batas
Masa :9.00 pagi – 12.o0 tengahari


AGENDA:
1- Perlantikan pengerusi mesyuarat.
2- Persetujuan menubuhkan koperasi.
3- Permohonan pendaftaran koperasi.
4- Penerimaan Undang-Undang kecil.
5- Pemilihan Anggota Lembaga.
6- Menimbang dan meluluskan belanjawan koperasi.
7- Meluluskan elaun yang diberikan kepada Lembaga sebagai saraan yang dibayar, jika ada.
8- Meluluskan perlantikan suatu panel juruaudit yang tidak kurang daripada dua orang juruaudit.
9- Menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had pelaburan yang dibiayai oleh kumpulan wang lebihan koperasi.
10- Menentukan had maksimum keterhutangan koperasi.

Semoga kehadiran ahli berdaftar & bekas pelajar ke Mesyuarat Agung Permulaan ini akan dapat memberi pandangan dan buah fikiran yang berguna untuk kemajuan koperasi kita.

Sekian.


Yang menjalankan tugas,
Koperasi Alumnai Badawi Kepala Batas Berhad(dalam penubuhan)



(OMAR ABOO BAKAR)
Setiausaha Penaja

1 comments:

Anonymous said...

Sertai Rakan Koperasi 1KUBSB
...dapatkan diskaun, baucar dan rebat tunai untuk koperasi tuan/puan. Cepat, tawaran TERHAD!

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates