Tuesday, November 29, 2011

Tinggal Kenangan - UTC



Syarikat perkhidmatan bas henti-henti United Traction Company Sdn Bhd atau UTC yang cukup sinonim dengan masyarakat di Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Sungai Petani telah menghentikan perkhidmatannya pada 5 November 2011 yang lalu.

Perkhidmatan yang telah bermula selama 64 tahun yang lalu kini hanya tinggal kenangan kepada kebanyakkan masyarakat yang pernah menjadikannya sebagai pengangkutan utama.

Syarikat ini setelah melalui pengalaman selama hampir 6 dekad bersama penumpang-penumpang di sekitar kawasan perkhidmatannya akur dengan persaingan dan kos operasi yang semakin tinggi.Kos minyak,tayar dan alat ganti kenderaan yang semakin naik antara sebab pihak syarikat tidak dapat meneruskan perkhidmatan ini jika dibandingkan dengan RapidPenang yang mendapat subsidi daripada pihak kerajaan.

"Semenjak empat tahun yang lalu pihak syarikat telah mengalami kerugian apabila RapidPenang mengambil tempat." Kata Che Beng Huat selaku Pengurus UTC.

Beliau turut berkata perkhimatan bas ini dulunya menjadi pilihan utama kepada pelajar-pelajar sekolah,pelajar kolej dan mereka daripada Seberang Perai yang bekerja di bahagian pulau dimana perkhidmatan yang disediakan membawa mereka ke Pengkalan Sultan Abdul Halim untuk menaiki feri ke bahagian pulau. 

Sementara itu,50 orang pekerja operasi dan pengurusan UTC berkumpul dalam suasana penuh emosi di perkarangan pejabat dua tingkat bertempat di Jalan Bagan Luar pada hari selasa yang lalu apabila perkhidmatan bas yang terakhir selamat sampai ke situ dan sebagai simbolik berakhirnya perkhidmatan UTC.

Mohd Yussop Long 48 berkata "Saya sedih apabila dimaklumkan berkenaan penamatan operasi bas ini sebulan yang lalu. " Bapa kepada empat orang anak ini yang telah berkhidmat selama 27 tahun menganggap syarikat UTC merupakan sebahagian daripada hidupnya dan agak sukar apabila selepas ini tidak lagi berkhidmat.

Beliau yang telah berkhidmat semenjak tahun 1984 sebagai pencuci bas turut bersyukur kerana pihak syarikat telah memberikan pampasan yang setimpal kepada semua pekerjanya dan dengan pampasan ini dapatlah beliau dan rakan-rakan lain menyara keluarga sementara mendapatkan pekerjaan baru. 

Bagi kita yang turut mempunyai kenangan menggunakan perkhidmatan bas UTC ini turut merasai kesannya namun dalam dunia yang semakin maju dan berkembang kita seharusnya perlu ke depan.

0 comments:

Post a Comment

Template by:

Free Blog Templates