SMKDHAB DALAM SEJARAH
Untuk menampung pelajar-pelajar aliran Melayu di kawasan Kepala Batas dengan bermulanya “Sistem Anika jurusan). Sebelumnya terpaksa ke sekolah Datuk Onn, Butterworth atau Sekolah Menengah Kepala Batas(Inggeris).
SEJARAH RINGKAS
Permulaannya dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Bertam yang ditubuhkan pada tahun 1965. Pada tahun 1967 sekolah ini telah dipindahkan dan menumpang di KBSS/SDHAK dan bertukar nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas (SMKKB). Dalam tahun 1978 sekolah ini sekali bertukar nama kepada SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI (SDHAB) dan memiliki bangunan sekolahnya sendiri.
BANGUNAN SEKOLAH
1965 – 1966 menumpang bangunan Sek. Ren. Kebangsaan Permatang Bertam.
1967 – 1977 menumpang bangunan Sekolah Menengah Kepala Batas (ING).
1975 menumpang bersama Sekolah Daeratul Maarifil Wataniah).
1976 – 1977 masih menumpang di KKBS dengan 16 bilik darjah sendiri.
1978 memiliki bangunan sendiri dengan 26 bilik darjah (SDHAB)
1983 mendapat sebuah bangunan tambahan - 6 bilik darjah.
1984 pembinaan bangunan pasang siap dua tingkat yang sempurna.
1986 proses pembinaan & surau telah dirasmikan.
1990 dewan sekolah siap dibina dan digunakan.
TINGKATAN ENAM
Pada tahun 1981 bermulannya TINGKATAN ENAM ALIRAN SASTERA sebanyak dua kelas. Sekolah ini menerima pelajar dari Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir, Sekolah Menengah Seri Muda Penaga, Sekolah Menengah Bakti Tasek Gelugor dan pelajar-pelajar dari sekolah ini. Pada tahun 1987 bermulanya pula TINGKATAN ENAM ALIRAN SAINS dengan jumlah pelajar seramai 22 orang.
PERASMIAN SDHAB
Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia ke 2, Datuk Hussain Onn telah merasmikan SEKOLAH DATUK HAJI AHMAD BADAWI pada 26hb Jun, 1978 dalam upacara yang bersejarah.
0 comments:
Post a Comment