06/06/2010
Syukur ke hadrat Tuhan, dengan izinNYA kita dapat berjumpa buat julung kalinya dalam perjumpaan MEGA REUNION & MESYUARAT AGUNG KALI PERTAMA ALUMNI SDHAB(PERSATUAN BEKAS PELAJAR SDHAB) pada hari ini 06/06/2010.
Pelbagai rintangan dan cabaran telah ditempuhi oleh jawatankuasa penaja ALUMNI SDHAB demi menjayakan majlis ini . Perjumpaan pada hari ini di harap dapat mengeratkan kembali silaturahim yang telah lama terputus di antara bekas pelajar dan bekas guru SMK DHAB.
Sejak SMK DHAB ditubuhkan 45 tahun yang lalu(1965), buat julung kalinya majlis perjumpaan bekas pelajar SMK DHAB dapat diadakan dengan melibatkan semua bekas pelajar dengan matlamat menubuhkan satu persatuan bekas pelajar SMK DHAB (ALUMNI SDHAB) agar kita dapat bergerak secara sah di atas pertubuhan untuk sama-sama membantu dan bergerak secara seiringan dengan pentadbir SMK DHAB dalam mengharumkan lagi nama sekolah di peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan dalam bidang akedemik mahupun ko-kurikulum
Ucapan terima kasih dan perhargaan buat semua guru-guru yang pernah mengajar kami. Dorongan dan bimbingan yang di beri selama kami menuntut di SMK DHAB amatlah dihargai dan kami jadikan bekalan dalam kehidupan harian kami.
ATURCARA MAJLIS
9.00 pagi | Pendaftaran bekas pelajar & guru |
9.45 pagi | Ketibaan tetamu jemputan |
10.00 pagi | Ucapan Aluan Pengacara Majlis |
| Nyanyian lagu NEGARA KU & NEGERI PULAU PINANG |
| Bacaan Doa Haji Mohd Fuad b. Haji Idrus |
| Ucapan Pengerusi Penaja ALUMNI SMKDHAB En. Azizi bin Haji Bakar |
| Ucapan Yang Dipertua PIBG SMK DHAB ,(Datuk Haji Osman bin Said) |
| Ucapan Mantan Pengetua SMK DHAB Tuan Haji Wan Min bin Wan Din |
| Ucapan & Perasmian oleh Yang Berbahagia Pengetua SMK DHAB Tuan Haji Noor Azmi bin Mohd Jan |
| Sumbangan Cenderahati Pengerusi PIBG/Mantan Pengetua/ Pengetua SMK DHAB |
| Cabutan Bertuah |
| Persembahan dari pelajar SMK DHAB |
| Cabutan Bertuah |
| Tayangan slide BADAWI oleh Cikgu Abdul Aziz b. Mohamad |
| Cabutan Bertuah |
| Jamuan makan tetamu jemputan |
11.50 pagi – 1.00 tghr | Mesyuarat Agung Penubuhan ALUMNI SDHAB |
1.00 ptg | Jamuan makan |
2.00 ptg – 3.00 ptg | Sessi Mengeratkan Silaturahim |
2.00 ptg – 3.00 ptg | Sessi Fotografi |
0 comments:
Post a Comment